Categories
NASIONAL

IPU beberapa kawasan mencatat penurunan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 JUN: Empat kawasan di Selangor mencatatkan kualiti udara sederhana setakat jam 6 hingga 10 pagi, hari ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) antara lokasi dengan nilai Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana adalah Pelabuhan Klang, Kuala Selangor, Petaling Jaya dan Shah Alam.

jerebu di lembah klangBacaan IPU itu menunjukkan Pelabuhan Klang mencatat penurunan sekitar 84 dan 80, Kuala Selangor kekal 51 dan Petaling Jaya turun dari 76 ke 71, manakala Shah Alam mencatatkan IPU sekitar 76 ke 74.

Kawasan lain turut mengalami jerebu dalam keadaan sederhana adalah Wilayah Persekutuan iaitu Batu Muda (68), Cheras (63) dan Putrajaya (67).

Manakala negeri lain adalah di sesetengah kawasan Terengganu, Melaka, Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Sarawak.

Pencemaran jerebu yang merentas sempadan negara ketika ini berikutan musim Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga September.

jerebu-masjidLingkaran asap jerebu sederhana daripada kawasan Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia dan tiupan angin dari arah barat daya membawa asap jerebu ke kawasan tengah Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 10 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman sesawang http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.