Categories
SELANGOR

MB sampaikan salam ramadan untuk rakyat Selangor

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 JUN: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Ramadan kepada semua umat Islam di Selangor.

Dalam status Facebook dan Twitter beliau, beliau turut mengucapkan selamat bersahur yang pertama di bulan Ramadan.

MB Khalid Ibrahim Rakyat 01“Selamat menunaikan ibadah sahur yang pertama di bulan Ramadan. Semoga di bulan ibadah ini mampu diisi dengan penuh ikhlas dan istiqamah,” katanya.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat islam mula berpuasa hari ini, pada 27 Jun lalu bagi mengikut perintah Yang Dipertua Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.