Categories
NASIONAL

Kerajaan Pusat digesa tidak tergesa-gesa tandatangani TPPA

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 JUN: Kerajaan Pusat disarankan untuk tidak tergesa-gesa menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) tanpa laporan dan data lengkap mengenainya.

Dalam satu kenyataan bersama, ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR), Michael Jayakumar, Nurul Izzah, Charles Santiago, Takiyuddin Hassan dan Wong Chen berkata kerajaan juga perlu membuat Analisis Biaya Manfaat (Cost Benefit Analisis CBA) dan set lengkap data TPPA untuk penilaian semua pihak.

tppaKerajaan juga diingatkan untuk terus berhati-hati dan berjaga-jaga serta mengambil kira gesaan PR dan pihak-pihak berkepentingan.

“Kami juga ingin membetulkan tanggapan seolah-olah kami sudah mula bersetuju dengan kerajaan berhubung TPPA.

“Ini tidak benar dan sebenarnya ia agak berlawanan, namun pandangan kami nampaknya lebih diterima dan dikaji oleh pihak kerajaan,” kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 24 Mei lepas, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed dalam satu kenyataan berkata PR sudah mula sependapat dan bersetuju dengan TPPA yang akan ditandatangani bersama Amerika Syarikat (US).

Bagaimanapun, ahli parlimen PR berkata, selagi pihak US masih tidak telus dan jelas dalam beberapa perkara, selagi itu kerajaan pusat tidak perlu akur kepada TPPA.

“Ada empat isu utama yang kita mahu kerajaan bagi perhatian antaranya, peningkatan harga perisian, dadah dan buku teks, kehilangan keselamatan makanan, peluang disaman di tribunal antarabangsa oleh pelabur dan pra pelaburan oleh syarikat dari US.

“Jadi, selagi tidak jelas perkara-perkara seperti ini, kita jangan tandatangan kerana jiran kita seperti Indonesia, Thailand dan Filipina pun tidak sertai TPPA, China juga bukan anggota TPPA,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.