Categories
SELANGOR

PKNS serah Zakat RM100,000 bantu golongan berhutang biayai kos perubatan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KLANG, 19 JUN: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini menyerahkan sumbangan zakat RM100,000 kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi meringankan beban golongan berhutang atau ‘Gharimin’ dalam membiayai kos perubatan.

Timbalan Pengurus Besar PKNS, Noraida Mohd Yusof, berkata sumbangan itu juga melayakkan golongan penjamin memenuhi keperluan asas diri, keluarga dan tanggungannya yang memerlukan penyelesaian segera megikut syarak.

“Antara individu yang boleh memohon sumbangan ini adalah pesakit kronik yang berhutang atau kekurangan sumber pembiayaan serta syarat utama penerima bantuan adalah Islam.

_MG_4393 copy“Melalui bantuan wang zakat ini, kami harap dapat membantu meringankan beban mereka yang tidak mampu menanggung pembayaran bil hospital atau alat sokongan perubatan dan lain-lain,” katanya pada majlis penyerahan wang zakat berkenaan, di sini, hari ini.

Noraida berkata, program tanggungjawab sosial itu bukan kali pertama diadakan kerana PKNS juga mengadakan lawatan ke wad pediatrik bersama rakan media, pada Disember 2012.

Program lain yang dilaksanakan termasuk mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan kepada wad kanak-kanak di Hospital Serdang dan program Zikra Bersama asnaf dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor, pada 22 Mei dan 5 Jun lalu.

Bagi program Zikra Bersama Asnaf, PKNS turut menyumbang wang zakat RM100,000 untuk projek naik taraf Kompleks Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Bagan Terap.

_MG_4307PKNS turut menyumbang dalam tajaan Majlis Imarah Masjid dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf yang diadakan di Masjid Al-Ubudiyah, Seksyen 19, Shah Alam, pada 19 April lalu.

Sementara itu, Pengarah HTAR, Dr Sukumar Mahesan dalam majlis sama mengucapkan terima kasih kepada PKNS dan berharap program itu dapat diteruskan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.