Categories
SELANGOR

‘Citizen Journalist’ tingkat kualiti penerangan, perkongsian terkini program setempat

Oleh:LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 17 JUN: Lidah rasmi media Kerajaan Negeri, Selangor Kini akan menyediakan kolum khas yang dinamakan Citizen Journalist.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kolum itu memberi ruang kepada aktivis media setempat untuk bertugas secara sukarela memuatkan laporan aktiviti atau program di kawasan mereka.

selangorkiniKatanya, kolum khas itu juga boleh digunakan wakil rakyat untuk berkongsi program yang dilaksanakan pusat khidmat masing-masing.

“Setiap minggu akhbar Selangor Kini diedarkan di setiap Dewan Undangan negeri (DUN) dan TV Selangor melalui selangor.com yang sudah lama beroperasi.

“Beberapa perkara baru juga mula diusahakan antaranya perancangan mewujudkan Citizen Jounalist iaitu kolum khas untuk laporan berita sesuatu kawasan dan saya berharap ahli dewan dapat gunakan kesempatan ini,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

SIDANG DEWAN UNDANGANTerdahulu, Zaidy Abdul Talib (PAS-Taman Templer) bertanyakan soalan berhubung perancangan Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan penerangan dasar dan program kepada rakyat.

Menjawab soalan tambahan daripada Ng Suee Lim (DAP Sekinchan), Abdul Khalid juga memaklumkan akhbar Selangor Times akan diterbitkan semula dalam sedikit masa lagi.

“Kita sudah jangka soalan itu daripada Sekinchan, semua itu dalam proses tender dan sudah dipilih. Kos peruntukan adalah RM1 juta dan kita akan umumkan apabila akhbar dikeluarkan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.