Categories
SELANGOR

PNSB FC Juara Piala Super FAS 2014

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 24 JUN: Kelab Bolasepak Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB FC) menjuarai Piala Liga Super (FAS) 2014 selepas mengalahkan Kelab Bolasepak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ FC) 1 – 0 dalam perlawanan akhir di Stadium MPSJ, Subang Jaya pada 20 Jun lalu.

PNSB FC mencipta kemenangan itu menerusi gol tunggal dihasilkan pemainnya dari sepakan percuma di saat-saat akhir permainan dalam masa tambahan selepas masa penuh 90 minit.

IMG_2730Perlawanan antara PNSB FC dan MPSJ FC ternyata menarik apabila kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan seimbang dan saling cabar mencabar bagi memburu kejuaraan.

Selepas separuh masa pertama tanpa sebarang gol, PNSB FC dan MPSJ FC masing-masing bangkit memburu gol dengan meningkatkan serangan ke kubu lawan.

Persaingan getir itu bagaimanapun mencetuskan kekasaran pada satu ketika hingga menyebabkan seorang pemain daripada kedua-dua pasukan dilayangkan kad merah.

Meskipun bermain dengan 10 pemain, PNSB FC tidak patah semangat dengan terus mengasak pertahanan pasukan tuan rumah hingga berjaya memecah kebuntuan dengan gol kemenangan dalam masa tambahan.

Penampilan pemain-pemain muda PNSB FC telah bermain dengan baik sepanjang perlawanan di mana mereka ini dpilih daripada pelatih Akademi Bolasepak PNSB sendiri.

Penaung PNSB FC, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Datuk Ahmad Omar amat berpuas hati dan gembira dengan kejayaan pasukan berjaya merangkul gelaran Juara Piala Liga Super (FAS) 2014.

Selain Ahmad, hadiah turut disampaikan Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi dan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Emran Kadir.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.