Categories
NASIONAL

Semangat Makcik Wahida jadi inspirasi masyarakat Indonesia perjuangkan keadilan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 JUN: Kisah semangat penduduk Kampung Chubadak Tambahan mempertahankan kampung mereka daripada diusir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada pertengahan bulan ini bukan sahaja mengundang simpati rakyat negara ini.

Malah, peristiwa hitam itu turut menjadi inspirasi kepada usaha membantah pembinaan kilang simen oleh penduduk sebuah kampung di kawasan pergunungan Kendeng Utara, Jawa Tengah Indonesia.

Selamatkan-Pegunungan-KendengSebuah badan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Rakyat Menggugat (GERAM) di sana menjadikan semangat Wahida Mat Salleh, 73, atau lebih dikenali sebagai Makcik Wahida memperjuangkan rumahnya dari dirobohkan DBKL sebagai pembakar semangat.

Antaranya, mereka menggunakan gambar makcik Wahida dalam kain rentang dan ‘bunting’ gerakan demonstrasi di hadapan bangunan kerajaan yang diadakan pada 19 Jun lepas.

Dengan tajuk ‘Selamatkan Pergunungan Kendeng’, mereka menggesa seluruh rakyat berkumpul bagi menyatakan solidariti mengusir jentera berat daripada terus melakukan kerja menarah kawasan pergunungan.

Mereka mendakwa tindakan kerajaan itu melanggar akta alam sekitar seterusnya mengubah ekologi semulajadi kawasan pergunungan khususnya Kampung Rembang.

kg_chubadak_wahidah_1_1606Demonstrasi itu berjaya menarik ratusan penduduk yang tidak bersetuju dengan tindakan membelakangkan kepentingan penduduk.

Gambar yang digunakan merupakan suasana makcik Wahida berdiri menahan jentera ‘back hoe’ daripada terus mara merobohkan rumahnya.

Sebelum ini, makcik Wahida dilaporkan terpaksa berjaga malam secara bergilir-gilir dengan suaminya kerana risau rumahnya diroboh secara mengejut.

Beliau menjelaskan tidak pernah menolak pembangunan tetapi kerajaan perlu bersikap adil dan memberi pampasan yang sewajarnya dan bukannya mengambil kesempatan.
EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.