Categories
KENYATAAN MEDIA

Pihak luar jangan ganggu proses Pemilihan PKR 2014

Oleh:  DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (PKR)  saya mengucap terima kasih kepada semua pihak yang terbabit atas kelancaran pemilihan semula yang lalu.

PKR juga mengucapkan terima kasih kepada JPP, kerana membuka ruang untuk mendengar kritikan dan komen dari semua peringkat.

Penambahbaikan dalam pemilihan semula yang berjalan lancar pada 31 Mei dan 1 Jun lalu, menunjukkan sikap kebertanggungjawaban yang tinggi daripada semua pihak.

Justeru, kita harapkan agar JPP akan meneruskan usaha untuk menambahbaik proses pemilihan parti dari masa ke semasa.

Dalam masa yang sama, kita memberi amaran kepada pihak luar, agar tidak berterusan membuat kacau ganggu proses pemilihan PKR yang dijalankan dengan demokratik.

Daripada taklimat awal yang diperolehi menunjukkan secara jelas bahawa kekacauan dalam pemilihan dicetus oleh pihak yang dikenalpasti bukan ahli, yang digerakkan melalui kumpulan-kumpulan samseng.

Berikutan daripada itu tercetusnya beberapa pelanggaran disiplin yang turut sama membabitkan beberapa ahli PKR.

Sayugia ditegaskan bahawa, PKR tidak pernah memandang remeh isu disiplin. Semua pihak diingatkan untuk terus mematuhi peraturan yang ada dan meraikan demokrasi ini dengan sebaiknya.

Dengan tahap disiplin yang tinggi, insyaAllah PKR pastinya, mampu untuk terus menarik minat semua pihak merentasi ras, budaya, dan agama.

# Datuk Seri Wan Azizah adalah Presiden PKR 

Leave a Reply

Your email address will not be published.