Categories
NASIONAL

Walaupun kalah, DAP terus ketengahkan calon Melayu

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 2 JUN: DAP sedia meletakkan calon Melayu dalam mana-mana pilihan raya walaupun calon Melayu mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud tewas tipis kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong di Parlimen yang majoriti pengundi Cina itu.

Ketua Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, DAP lebih mementingkan calon yang mampu berkhidmat kepada masyarakat dengan mendukung imej dan prinsip perjuangan parti yang mementingkan keharmonian masyarakat negara ini.

TELUKINTANDYANA_200514_TMIAFIF_016_yammy_540_360_100“DAP tidak pernah menentang atau menghalang calon daripada kalangan bukan Cina dalam DAP. Kita ada ramai wakil rakyat India dan kita juga ada dua Ahli Parlimen Melayu.

“Bagaimanapun dalam PRK pencalonan calon Melayu di kawasan majoriti Cina dengan mudah menjadi tumpuan. Keadaan ini menjadi perhatian utama serangan dan manipulasi oleh BN

“Selepas ini kalau ada pencalonan yang sesuai dari kalangan aktivis DAP kita akan ketengahkan. Kita tidak kira bangsa asalkan dapat mendukung imej dan prinsip perjuangan parti dan berkerja keras untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata Pua ketika dihubungi Selangor Kini di sini.

tony-puaKata Pua, masyarakat negara ini juga perlu dididik menerima politik berteraskan nilai dan menolak politik perkauman yang menjadi senjata utama BN untuk mengekalkan kuasa mereka.

Dalam PRK Parlimen Teluk Intan yang berlangsung 31 Mei, menyaksikan BN dilihat ‘berjaya’ memanipulasi politik perkauman dengan mesej berbeza bagi meningkatkan undi di kawasan majoriti Melayu dan juga kawasan majoriti Cina.

Di kawasan majoriti pengundi Cina BN menekankan mesej ‘undi Cina untuk Cina’ tetapi sebaliknya membawa mesej ‘Melayu harus menolak DAP’ di kawasan majoriti Melayu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN berjaya menewaskan DAP dengan majoriti 238 undi selepas memperolehi 20,157 undi berbanding DAP dengan 19,919 undi dan 543 undi rosak.

Dalam PRK kali ini juga menyaksikan peratusan keluar mengundi yang rendah, 66.67 peratus berbanding PRU-13 sebanyak 80.7 peratus.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.