Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: ADUN Gombak Setia penonton Piala Dunia berdoa untuk Gaza

GOMBAK, 15 JULAI : Dalam kemeriahan dan keseronokan menonton perlawanan akhir Piala Dunia baru-baru ini, orang ramai diingatkan supaya tidak melupakan kesengsaraan saudara Islam di Palestin yang dizalimi tentera rejim Zionist ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan, berkata semua pihak perlu memainkan peranan dengan berdoa dan melakukan solat hajat supaya penderitaan penduduk di wilayah Gaza akan berakhir.

OLYMPUS DIGITAL CAMERABeliau berkata demikian kepada lebih 100 hadirin pada Program Skrin Besar Final Piala Dunia 2014 di hadapan Stesen Minyak Petron Sri Gombak, dekat sini.

Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS kawasan Gombak (DPPG) itu bermula pada jam 2.00 pagi sehingga 6.30 pagi dengan pelbagai pengisian menarik.

Program bermula dengan tazkirah Palestin, tayangan video, solat hajat dan munajat Palestin, pelancaran Tabung Palestin seterusnya menonton perlawanan akhir Piala Dunia.

Selain itu, cabutan bertuah sebelum sahur secara percuma turut diadakan sebelum ia berakhir dengan solat Subuh secara berjemaah.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.