Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Suee Lim ambil kesempatan Ramadan, musim bola dekati masyarakat Sekinchan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SEKINCHAN, 15 JULAI: Perbezaan agama, adat dan budaya tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim meraikan kedatangan Ramadan bersama masyarakat Islam di Sekinchan dengan pelbagai program.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang Ramadan kali ini seperti program mengedarkan kira-kira 500 bekas bubur lambuk pada setiap Rabu di Bazaar Ramadan Sekinchan.

IMG_4447“Antara hikmah bulan mulia ini, kita berpeluang mengenali lebih mesra masyarakat di Islam di sini. Cara ini dapat meningkatkan lagi hubungan sesama masyarakat di sini,” kata Sue Lim kepada Selangor Kini.

Sue Lim turut menghadiri beberapa majlis berbuka puasa yang dianjurkan masyarakat setempat antaranya majlis yang dianjurkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Parit 7 dan Tali Air 7.

Dalam majlis itu, Suee Lim turut menyumbangkan sekotak kurma kepada penduduk kampung terbabit.

IMG_4676Pada awal pagi 14 Julai lalu, Suee Lim juga mengambil kesempatan kehangatan final Piala Dunia FIFA dengan menganjurkan program Jom Tengok Bola sambil menikmati buah durian dan bersahur bersama.

“Dalam program awal pagi tadi, tak kira Melayu, Cina atau India sama-sama menyokong pasukan pilihan masing-masing sambil bersahur.

“Ini secara langsung masyarakat bukan Islam di sini dapat menimba pengetahuan dan tahu bagaimana umat Islam berpuasa,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.