Categories
NASIONAL

Pelajar Islam Xinjiang diugut buang universiti, hilang peluang kerja jika puasa

SHAH ALAM, 15 JULAI: Masyarakat Islam di wilayah Xinjiang terus berhadapan dengan tekanan oleh kerajaan China apabila pelajar universiti etnik itu diberi ugutan buang universiti atau hilang peluang kerjaya jika berpuasa.

Sebuah universiti di Kashgar dilaporkan melakukan rutin memaksa pelajar Islam makan di hadapan pensyarah mereka sebelum memulakan kelas setiap hari bagi memastikan mereka tidak berpuasa.

Jika enggan, mereka akan diusir dan dinafikan untuk menerima ijazah atau diploma.

_76196776_450960539Memetik Harakah Daily, seorang pelajar berkata, kakitangan pentadbiran universiti turut memberikan air botol dan makanan kepada pelajar Islam pada siang hari dan akan mencatat nama pelajar yang enggan mengambil pemberian itu.

Pihak berkuasa China sebelum ini melarang penjawat awam, guru dan pelajar berpuasa khususnya di wilayah Xinjiang.

Mereka juga mengarahkan restoran ditutup pada waktu malam dan mengancam denda bagi mereka yang tidak mematuhi arahan itu.

uyghur2Kerajaan China mendakwa, kempen melarang puasa itu adalah sebagai usaha menangani apa yang dianggap ‘perbuatan pengganas”‘oleh minoriti Muslim Uyghur.

Hal itu disebabkan berlaku pertempuran di sebuah pasar di Urumqi, sebuah stesen kereta api di Kunming dan di Dataran Tiananmen.

Bagaimanapun, kumpulan hak asasi manusia melihat larangan itu adalah cubaan menindas dan mencabul hak beragama golongan minoriti Islam berkenaan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.