Categories
NASIONAL

Isu Dr Redzuan, Muhyiddin digesa letak jawatan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 JULAI: Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa meletakkan jawatan Menteri Pelajaran terhadap tindakannya memberikan tekanan kepada Professor Datuk Dr. Rezuan Othman meletakkan jawatan.

Ia ekoran tindakan itu bukan berdasarkan prinsip professional demi mengangkat kredebiliti dan prestasi mutu akademik negara.

jinggadownloadKetua Koordinator Jingga 13, Faris Musa berkata, penamatan kontrak Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu merupakan satu tindakan merosakkan kemajuan akademik, tidak bertamadun dan bersikap tidak profesional.

“Jingga 13 Malaysia menyelar tindakan Kementerian Pelajaran yang menekan Professor Datuk Dr Redzuan Othman meletakkan jawatan sebagai Pengarah UMCEDEL sebagai satu tindakan perosak akademik dan tidak bertamadun.

“Tindakan Kementerian Pelajaran yang disokong Menteri Pelajaran merupakan tindakan desperado didalangi Umno-BN yang sanggup mencabul kebebasan akademik,” ujar Faris dalam satu kenyataan medianya di sini, hari ini.

Jelas beliau, para pensyarah di Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) Universiti Malaya (UM) sebelum ini juga menyokong sepenuhnya langkah menyambung kontrak Dr Redzuan di Univsiti itu.

Prof Redzuan OthmanSokongan itu diberikan berikutan prestasi yang membanggakan dengan meletakkan FSSS Universiti Malaya (UM) sebagai antara yang terbaik di negara serta mempunyai rekod cemerlang pernah dinobatkan sebagai dekan terbaik dan cemerlang di Univeriti Malaya.

Ketelusan, professional dan kejayaan kajian yang terbaik oleh UMCEDEL di bawah pimpinan Professor Datuk Dr Redzuan Othman meletakkan UM sebagai sebuah universiti dihormati serta mengangkat prestasi UM sebagai universiti berprestij dan berkualiti.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.