Categories
NASIONAL

Laluan jerlus di Jalan Imbi, terowong bawah tanah runtuh

KUALA LUMPUR 2 JULAI: Perkhidmatan KL Monorail dari Stesen Hang Tuah ke Stesen Imbi dihentikan sementara berikutan keretakan tanah berdekatan tiang monorel di persimpangan empat lampu isyarat di Jalan Imbi, Kuala Lumpur.

Menurut Bernama, terowong bawah tanah yang masih dalam pembinaan runtuh manakala laluan di Jalan Imbi jerlus pada kira-kira pukul 10.40 pagi.

photo 1Pasukan bomba dan penyelamat sedang membuat pemeriksaan di kawasan berkenaan.

Jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur memberitahu bahawa keadaan trafik di kawasan tanah mendap di persimpangan empat lampu isyarat di Jalan Imbi terkawal.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata akibat kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, laluan di Jalan Imbi terjerlus sepanjang 19 meter tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

runtuh“Laporan awal mendapati ia kemungkinan berpunca daripada paip besar SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) yang pecah, namun siasatan masih dijalankan,” katanya.

Gambar: Mstar Online

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.