Categories
GLOBAL

Belanda tutup 4 penjara kadar jenayah turun

AMSTERDAM 23 JUN: Belanda bakal menutup sekurang-kurangnya empat buah penjara susulan penurunan kadar jenayah di negara itu, menurut akhbar tempatan Algemeen Dagblad.

Akhbar itu menyatakan, Menteri Keadilan Belanda, Sander Dekker memutuskan untuk menutup keempat-empat penjara itu yang terletak di kawasan perbandaran Zoetermeer, Zeist, Almere dan Zwaag dekat sini.

Pejabat statistik kebangsaan Belanda, CBS menyatakan kadar jenayah di Belanda mencapai paras terendah sejak tahun 1980 iaitu 49 jenayah bagi setiap 1,000 rakyat ketika ini.

Sebelum ini, Belanda pernah menyatakan rancangan untuk menutup 19 buah penjara pada tahun 2013, namun mengundang kemarahan dalam kalangan kakitangan penjara yang bimbang kehilangan pekerjaan.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Belanda terpaksa ‘mengimport’ banduan dari beberapa negara lain seperti Norway dan Belgium untuk memastikan penjara ada penghuni.

SUMBER: AGENSI

Categories
NASIONAL

Dedah ISIS plot zionis, ketua projek keselamatan Belanda digantung kerja

SHAH ALAM, 29 OGOS: Ketua Projek Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan Belanda, Yasmina Haifa digantung kerja oleh Kementerian Keselamatan dan Keadilan negara itu berikutan pendedahan ISIS adalah plot zionis/

Menurut laporan The Moroccan Times, Yasmina dikenakan tindakan itu selepas menulis tweet dalam bahasa Belanda berhubung perkara berkenaan.

Beliau menyatakan dalam twitter bahawa kumpulan pengganas ISIS dipimpin Abu Bakr Al Baghdadi tidak wujud dan ia adalah plot zionis untuk merosakkan imej Islam.

haifaTweet itu diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris berbunyi ‘ISIS has nothing to do with Islam. It is a preconceived of sake of the truth. Now it is up to us to understand’ bermaksud ISIS tidak ada kena mengena dengan Islam. Ia adalah pendahulu demi kebenaran. Kini ia terpulang kepada kita untuk memahami.

Penganalisis politik percaya bahawa Yasmina mungkin mendapat dokumen rahsia menunjukkan ISIS ditaja zionis terutama berkait rapat dengan tugasnya di pusat berkenaan dan pekerjaan beliau juga tidak memerlukannya membuat sebarang maklumat kepada awam.

“Kerana komen itu berkenaan dengan kerja NCTV dan Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan, ini akan membawa kita untuk menggantung beliau dari NCSC/NCTV dengan segera.

“Namun, laporan ini tidak pergi ke arus perdana dan sangat sedikit pihak memakluminya walaupun mungkin mendapat akibat besar dan dalam salah satu wawancara difahamkan Haifa memberitahu Radio Belanda 1: “Saya tmengambil peluang untuk menyatakan diri saya”. Jelas apa dinyatakan adalah karut.

ISISLaporan penganalisis mempercayai Yasmina pemberi maklumat seperti Edward Snowden atau Chelsea Manning, namun etika beliau tidak membenarkannya menyimpan rahsia.

Beliau mungkin mengelak daripada tertakluk kepada undang-undang tempatan seperti CFAA Amerika yang bertujuan untuk menutup mulut pemberi maklumat.

“Dia mengorbankan pekerjaannya. Dia bukan seseorang yang hanya akan berkata apa-apa seperti itu. Orang (yang bekerja di Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan Belanda) dipilih mengikut prosedur panjang dan sukar. Mereka perlu melalui banyak ujian untuk melihat kesesuaian mereka bekerja.

“Yasmina bukan pekerja biasa. Dia ketua projek, seseorang yang menyelia orang. Orang seperti ini tidak hanya membuka mulutnya dan berkata perkara tidak masuk akal. Mereka diajar untuk berfikir 10 kali sebelum mengeluarkan kenyataan,” kata sumber itu.

Categories
NASIONAL

MH17: 1,000 sambut ketibaan kumpulan mayat pertama di Belanda

KHARKIV, 24 JULAI: Kumpulan mayat pertama daripada pesawat Malaysia Airlines MH17 tiba di Belanda malam tadi, kira-kira seminggu selepas pesawat malang itu ditembak jatuh di ruang udara Ukraine ketika konflik meletus semula di kawasan terhempasnya pesawat itu.

Tentera Belanda yang berpakaian rasmi lengkap menerima 40 keranda kayu berisi mayat mangsa yang ditempatkan satu persatu di Lapangan Terbang Eindhoven di selatan negara itu dalam majlis penuh istiadat sebagai penghormatan terakhir.

Kira-kira 1,000 keluarga 193 mangsa rakyat Belanda berkumpul di lapangan terbang termasuk Raja Willem-Alexander dan Queen Maxima, Perdana Menteri Mark Rutte dan wakil negara yang terbabit bagi menyambut ketibaan pesawat itu.

mhSementara itu, proses menyaring dan melabel mayat mangsa nahas pesawat berkenaan dijangka selesai menjelang 25 Julai ini.

Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Mohd Sakri Hussain, berkata pakar forensik dari Malaysia, Belanda dan Australia menyaring mayat di dalam lebih dua gerabak sejuk beku, pada 23 Julai lalu.

Terdapat empat gerabak sejuk beku yang membawa 282 mayat daripada timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia ke Kharkiv untuk dilabel sebelum diterbang keluar ke Eindhoven, Belanda.

Empat gerabak itu dibawa dengan kapal pada 22 Julai lalu ke bandaraya Kharkiv sebelum diterbang ke Eindhoven dan tiba dua hari lalu.

Sementara itu, Badan Penerbangan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan perakam suara kokpit pesawat Malaysia yang ditembak jatuh di Ukraine adalah dalam keadaan baik.

UKRAINE-RUSSIA-POLITICS-CRISIS-MALAYSIA-NETHERLANDS-PLANEPegawai dari Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang berpejabat di Montreal membantu pihak berkuasa Ukraine dan Belanda menyiasat nahas itu.

Lembaga Keselamatan Belanda yang mengetuai siasatan antarabangsa terhadap nahas itu, sebelum ini berkata tidak ada bukti perakam suara itu diusik.

Pesawat Boeing 777-200 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpurterhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia, pada 17 Julai lalu.

Ia membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal yang dipercayai ditembak jatuh, tetapi sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukannya.