Categories
NASIONAL

MH17: Ukraine, Rusia jangan babit orang awam dalam pertikaian

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 18 JULAI: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dilaporkan ditembak jatuh di timur Ukraine.

Nik Aziz dalam satu kenyataannya berkata, satu siasatan terperinci perlu dilakukan khususnya daripada aspek prestasi keselamatan laluan berkenaan yang dikatakan sudah bergolak sejak sekian lama.

malaysia-airlines-boeing-777Katanya, tekanan perlu diberikan kepada pihak yang terbabit dalam konflik supaya tidak babitkan orang awam yang tiada kaitan dengan pertikaian mereka.

“Masyarakat antarabangsa juga wajib mengambil peranan untuk memberikan tekanan kepada pihak berkenaan dalam konflik supaya tidak membabitkan orang awan yang tidak berdosa di dalam pertikaian mereka.

“Jika benar ia adalah serangan sebagaimana dilaporkan, maka wajib dikutuk dan diambil tindakan,” katanya.

nik aziz pc rasuah 01Nik Aziz kini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) menafikan khabar angin di internet dan aplikasi Whatsapp kononnya beliau sudah meninggal dunia.

Mesej palsu itu hadir selepas Malaysia menerima berita mengejutkan berkaitan pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang termasuk 15 anak kapal.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.