Categories
NASIONAL

Natasha Hudson: Doa dan bantuan perlu berterusan di Gaza

Oleh: ASRI SAPFIE

SHAH ALAM 22 JULAI: Masyarakat diseru untuk terus memberikan sumbangan berterusan kepada masyarakat Palestin yang terus menerus dizalimi rejim Zionist dengan angka korban hampir 600 maut dan ribuan mangsa cedera.

Selebriti dan jurucakap kepada Rose 2 Rose, Natasha Hudson berkata, sokongan dan doa kepada rakyat Palestin di Gaza perlu berterusan bagi mengurangkan penderitaan mereka di sana.

gaza-photo“Saya tengok setiap hari di laman sosial dan internet apa yang terjadi di sana dan ia menjadi sesuatu yang sangat menyentuh perasaan” kata beliau.

Sehubungan dengan itu, badan NGO, Aqsa Syarif Berhad telah menubuhkan satu gerakan yang dikenali sebgai Rose 2 Rose bagi membantu rakyat Palestin di sana.

Penubuhan Rose 2 Rose bertujuan bagi memberi tumpuan khusus kepada wanita dan kanak-kanak Palestin bagi membela nasib mereka dalam menghadapi kekejaman tentera Israel.

Gaza dan ceramah ummahatul mukmin di Masjid Neger (11)Antara misi utama mereka adalah dengan menubuhkan pusat komuniti yang dikenali sebagai Wardatul Aqsa ( Rose of Al Aqsar ) yang bakal memainkan peranan dalam meningkatkan aspek kehidupan mereka dalam konteks keagamaan, ekonomi, kesihatan dan sosial kehidupan.

Selain daripada itu, matlamat mereka adalah khusus bagi menyampaikan maklumat yang tepat mengenai situasi di Palestin dan nasib wanita dan kanak-kanak di Gaza

Tambah Natasha lagi, hal sebegini sangat kejam lebih-lebih lagi kekejaman yang dilakukan ke atas kanak-kanak di sana yang pasti tersentuh sesiapa sahaja yang melihatnya.

Ahli lembaga Aqsa Syarif Berhad, Dr. Fauziah Mohd Hasan berkata, dalam bulan Ramadan ini lebih dari 200 orang rakyat Palestin telah terkorban dan dianggarkan lebih dari 2000 orang cedera malahan jumlahnya semakin meningkat.

Gaza dan ceramah ummahatul mukmin di Masjid Neger (5)40 peratus daripadamya merupakan kanak-kanak dan wanita.

“Israel juga turut mensasarkan serangan ke atas hospital dan ambulans yang membawa mangsa yang cedera.” kata beliau.

Program Women Pray 4 Gaza ini turut dihadiri lebih 1,500 orang wanita yang bertempat di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam.

Antara aktiviti lain yang diadakan adalah seperti Program Diskusi Khas Muslimat yang disampaikan penceramah bebas, Ustazah Hafizah Musa yang membincangkan kisah perjuangan serta kekuatan para isteri nabi sebelum dan selepas kewafatan Baginda Rasulullah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.