Categories
SELANGOR

Peluang saksikan pameran lukisan 6 pelukis terkenal

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 22 JULAI: Orang ramai berpeluang melihat pameran lukisan dari enam pelukis tempatan yang akan dipamerkan di Avani Sepang Gold Coast pada 28 hingga 1 September depan.

Pameran ‘Live and Breathr Art’ akan berlangsung selama lima hari itu dianjurkan oleh Pusat Peranginan itu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan Tourism Selangor.

Eartnam pelukis tempatan itu terdiri daripada Sharifah Zuriah AlJeffri, Chia Hoy Sai, Sivarajah Natarajan, Philip Wong, Nazmi Ismail dan Keat Leong.

Antara medium yang akan digunakan dalam pameran terbabit terdiri daripada seni grafiti atas kanvas, seni digital kanvas, warna air, ‘chinese ink’, cat minyak, akrilik kanvas dan seni kaca.

Exco Pelancongan, Elizabeth Wong berkata Kerajaan Negeri sentiasa mengalukan penganjuran pameran di negeri itu.

Katanya, ia sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Selangor kepada pelancong asing dan tempatan.

“Dalam masa yang sama, pameran seperti ini juga dapat mempromosikan artis seni tempatan.

“Ketika ini, pelbagai cara yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri termasuk memperkenalkan seni jalanan yang diusaha sama bersama Pihak Berkuasa Tempatan untuk pelukis menggunakan dinding di bangunan di tempat yang disediakan.

“Ini membolehkan Selangor menjadi lebih ceria. Jadi penganjuran ini sangat menepati waktu yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri ketika ini,” katanya ketika merasmikan pameran itu, di sini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pembagunan Balai Seni Lukis Negara, Datuk Mahadzir Lokman dan Naib Presiden Eksekutif Sepang Gold Coast, MC Wong.

Beliau berharap penganjuran pameran seperti itu akan diteruskan pada masa akan datang dengan penyertaan lebih ramai dari pelbagai pertubuhan atau syarikat.

“Ini sebagai satu usaha menarik pelancong ke Selangor selaras dengan tahun melawat Selangor mahupun Malaysia,” katanya.

Pameran yang pertama kali diadakan di Pusat Peranginan itu menampilkan konsep ‘room for art’ sebagai tarikan pelancong disamping memperkenalkan resort terbabit kepada umum.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.