Categories
SELANGOR

Pembayar zakat harta meningkat 187,000 pada 5 bulan pertama 2014

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 JUL: Ekonomi masyarakat Islam di Selangor terus berkembang positif apabila golongan layak membayar zakat harta meningkat sehingga sembilan peratus bagi lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Bilangan pembayar zakat harta bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini mencatatkan 187,002 orang atau berbanding 172,183 orang tahun lalu.

SultanPengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, dalam tempoh itu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip sejumlah RM178.3 juta berbanding RM143 juta bagi tahun sebelumnya.

“Prestasi agihan zakat bagi tempoh sama bagi tahun ini sebanyak RM247.7 juta.

“Sasaran kutipan zakat pada tahun ini RM560 juta,” kata Mohamad Adzib dalam Majlis Berbuka Puasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Negeri Selangor di sini, semalam.

p3Antara zakat yang dikategorikan sebagai zakat harta adalah zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat emas dan perak, zakat saham, zakat pertanian dan zakat penternakan.

Sebelum itu, dalam majlis sama, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan dari syarikat milik Kerajaan Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM5,173,054.28, Worldwide Holdings Bhd (RM1,644,931.00) dan Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB)(RM618,582.05).

Manakala syarikat-syarikat lain, UMW Holdings Bhd pula membayar sejumlah RM14,786,905 dan Kumpulan Syarikat Plus berjumlah RM2,040,933.

Turut hadir mengiringi Baginda Sultan dalam majlis sama, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.