Categories
SELANGOR

Sempena Ramadan, MBSA kurangkan kompaun sehingga 88%

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 JULAI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan Kempen Pengurangan Kompaun dengan menawarkan pengurangan kompaun sehingga 80 peratus sempena ramadan.

Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad, berkata orang ramai yang mempunyai tunggakan kompaun di kawasan pentadbiran MBSA berpeluang menikmati tawaran itu sehingga akhir ramadan ini.

Katanya, kempen itu bagi memberi peluang kepada orang ramai menjelaskan bayaran sebelum tindakan tegas diambil ke atas mereka.

mbsa saman“Namun, jika sesuatu kesalahan dikenakan nilai amaun kompaun melebihi RM1,000 kesalahan itu tidak layak untuk mendapatkan pengurangan.

“Justeru, orang ramai digesa untuk mengambil peluang tempoh kempen ini dilaksanakan untuk membuat semakan dan seterusnya menyelesaikan tunggakan kompaun masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Antara kompaun yang diberikan pengurangan adalah kompaun di bawah kesalahan Undang-Undang Kecil Taman (MBSA) 2005, Undang-Undang Kecil Pasar (MBSA) 2007, Undang-Undang kecil Penjaja (MBSA) 2007 dan Undang-Undang Kecil Iklan (MBSA) 2007.

Kompaun yang tidak akan diberikan pengurangan pula termasuk Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MBSA) 1982, Kompaun Tunda serta Undang-Undang Pusat Siber dan Kafe Siber 2007.

MBSA-Shahrin AhmadOrang ramai boleh membuat semakan dan seterusnya membayar tunggakan kompaun di kaunter MBSA di Tingkat G, Wisma MBSA dan di Pejabat Cawangan MBSA di Kota Kemuning, Sungai Buloh dan Setia Alam.

Selain itu, orang ramai juga boleh membuat semakan dan bayaran di Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheel pada setiap hari Sabtu sepanjang bulan Ramadan di Kompleks Membeli Belah terpilih sekitar Shah Alam.

Sebarang pertanyaan atau penyemakan kompaun sila hubungi Jabatan Pengurusan Hasil dan Pelaburan, MBSA di talian 03-55105133 sambungan 1522 atau 1203 atau layari laman sesawang MBSA di www.mbsa.gov.my.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.