Categories
KENYATAAN MEDIA

Pembebasan mutlak Azhar Achil – satu kemenangan rakyat

Oleh: Khairooll Anuar Al-Megat

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor mengucapkan tahniah kepada saudara Azhar Achil, Penyelaras Bersama SAMM Selangor yang dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Klang.

AzharMenurut akta Perhimpunan Aman, Azhar telah dituduh kononnya menganjurkan himpunan haram pada Jun 2013 lalu di Dataran Tonggak, Sg Besar Selangor.

Setelah hampir setahun dibicarakan, mahkamah akhirnya isytihar beliau tidak bersalah lantas dibebaskan secara mutlak.

Pembebasan Azhar adalah satu kejayaan untuk rakyat, membuktikan perhimpunan aman adalah dibenarkan mengikut perlembagaan.

Keputusan ini juga wajar dijadikan ‘precedent case’ bagi semua perbicaraan yang melibatkan Akta Perhimpunan Aman.

SAMM Selangor mengajak rakyat seluruh negara menolak akta yang tidak berpelembagaan ini.

Rakyat wajar berhimpun secara aman di mana-mana lokasi tanpa tertakluk dengan undang-undang pra-kemerdekaan.

* Khairooll Anuar Al-Megat adalah Penyelaras Bersama SAMM Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published.