Categories
KENYATAAN MEDIA

SYABAS perlu atasi segera masalah air di Pulau Ketam

Oleh: DR HALIMAH ALI

ADUN Selat Klang amat sedih dan terkilan dengan kejadian berulang kali masalah paip yang membekalkan air ke Pulau Ketam sudah putus berulang kali.

Dr Halimah mahu SYABAS menyiasat punca fenomena berulang ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya perkara ini tidak berulang.

Air adalah keperluan asas. Bagi penduduk di Pulau Ketam, sumber air bersih adalah daripada bekalan air paip melalui dasar laut yang dikendalikan oleh SYABAS. Sudah tiga minggu penduduk mengalami masalah air kerana dilaporkan paip ini putus. Bayangkan kesukaran penduduk yang perlu air untuk keprluan harian, makan, minum, mandi, membersih pakaian. Perusahaan ikan, hotel, restoran dan kedai runcit semuanya terkesan akibat masalah ini.

Difahamkan punca paip yang di pasang di dasar laut ini berisiko besar untuk diputuskan oleh aktiviti ‘dredging’ atau mendalamkan laut. ADUN SELAT Klang MENGGESA pihak berwajib pihak yang menjalankan aktiviti ‘dredging’ ini agar bertanggungjawab ke atas penderitaan penduduk Pulau Ketam kerana tidak cermat menjalankan tugas. Pihak bertanggungjawab untuk memantaukan keselamatan paip bekalan air kepada penduduk juga harus PROAKTIF, sentiasa peka dan ambil peduli nasib penduduk Pulau Ketam. Kecuaian akan mengakibatkan beribu penduduk merana.

Saya amat berharap penduduk Pulau Ketam boleh bersabar atas rintangan hidup ini. Mudah mudahan ini kali terakhir gejala putus paip ini berlaku sebegitu lama.

# Dr Halimah Ali adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan merangkap ADUN Selat Klang

Leave a Reply

Your email address will not be published.