Categories
SELANGOR

300 semarak Hari Merdeka berbasikal keliling Shah Alam 26km

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 27 OGOS: Kira-kira 300 peserta bersama-sama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)  menyemarakkan Hari Kemerdekaan Ke-57 dengan Program Berbasikal Kayuhan Santai mengelilingi Shah Alam sejauh 26 kilometer.

Datuk Bandar MBSA, Mohd Jaafar Mohd Atan berkata, program hari ini dapat memupuk semangat perpaduan  dan cintakan negara dengan kesungguhan penyertaan para peserta kayuhan berbasikal.

MBSA edar bendera (1) (1)“Mungkin ada peserta yang sanggup mengambil cuti untuk sama-sama  membawa bendera Jalur Gemilang mengililingi pusat bandar Shah Alam.

“Peserta akan mengelilingi sekitar pusat bandar raya Shah Alam dan berkunjung ke beberapa buah sekolah bagi menyerahkan bendera jalur gemilang.

“Program ini bukan sahaja menginginkan semangat kemerdekaan tetapi dapat menanam rasa tanggungjawab dalam memelihara dan cintakan negara secara berterusan,” kata beliau sewaktu Majlis Penyerahan Bendera Malaysia.

Menurut beliau, turut dijemput kenderaan dan agensi kerajaan serta badan korporat di sekitar pusat bandar bagi mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang ramai terutama pemandu kenderaan yang melalui Persiaran Perbandaran.

Antara agensi kerajaan dan badan  korporat yang terlibat adalah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Tenaga Nasional Berhad cawangna Shah Alam, Polis Diraja Malaysia, Hotel Grand Bluewave dan lain-lain lagi.

“Saya ingin menyeru setiap agensi kerajaan, sektor korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan pemilik premis agar bersmaa mengibarkan jalur gemilang.

“MBSA akan teruskan jadikan program ini sebagai program tahunan bagi menanam semangat patriotik khususnya generasi muda,” kata beliau.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.