Categories
SELANGOR

Abdul Khalid terima keputusan PAS, terus tadbir hingga keputusan Sultan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 17 OGOS: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Se-Islam Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Dengan perkembangan terbaru itu, beliau akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shahu ntuk memberi nasihat berkenaan langkah seterusnya.

sultanAbdul Khalid berkata, beliau akan meneruskan pentadbiran Kerajaan Negeri bersama empat ahli MMKN daripada PAS akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik berkenaan sehingga DYMM Sultan Selangor membuat keputusan muktamad.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di negeri ini.

“Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul serta berasaskan undang-undang.

mb salam sultan a“Insya Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

PAS dalam satu sidang media mengumumkan dua nama daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menggantikan Abdul Khalid iaitu presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali, hari ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.