Categories
SELANGOR

Kes demam denggi menurun namun pengawasan dipertingkat

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 27 OGOS: Kes demam denggi di Selangor mulai menurun dalam tempoh dua minggu berturut-turut meskipun negeri ini mencatat 33,564 kes dengan 51 kematian sehingga 23 Ogos lalu.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan, Sabak Bernam mencatat kes paling rendah dengan tiada kematian diikuti Sepang dan Kuala Langat.

Dr Halimah“Daerah Petaling masih mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 14,637 diikuti dengan Hulu Langat sebanyak 7,186 kes,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco, hari ini.

Beliau berkata setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) kini giat menumpukan kepada usaha mendidik masyarakat terutamanya di peringkat sekolah melalui program penerangan dan kempen pencegahan.

Katanya para pelajar dijadikan agen perubahan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang langkah-langkah mencegah denggi supaya wabak ini tidak terus menular.

“Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) mereka menumpukan kepada pendidikan masyarakat dan mensasarkan pelajar sekolah melalui program memberikan penerangan bagaimana menjaga kebersihan, kuiz dan hadiah insentif.

“Mereka turut memberi satu kit untuk pelajar berbentuk penanda buku yang mengandungi langkah-langkah menjaga kebersihan dan kempen mencegah denggi,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.