Categories
SELANGOR

MBSA sedia kemudahan kenderaan percuma warga emas & OKU

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 12 OGOS : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di bawah Jawatankuasa Sosial Mampan menjalankan pengoperasian kenderaan bagi Golongan Warga Emas serta Orang Kelainan Upaya ( OKU) di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menurut MBSA, kenderaan komuniti ini diberi penggunaan secara percuma.

kenderaan komunitiAntara golongan sasaran MBSA adalah warga emas penduduk Shah Alam yang berusia 56 tahun ke atas dan OKU yang layak memohon bagi menggunakan kemudahan kenderaan ini.

Urusetia MBSA mensasarkan golongan OKU yang terdiri daripada jenis kecatatan penglihatan, pendengaran, Cerebral Palsy, serta kecatatan fizikal.

Walaubagaimanapun, golongan OKU berkerusi roda tidak digalakkkan memohon kerana faktor kenderaan yang tidak sesuai.

Sebarang pertanyaan lanjut orang ramai boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Masyarakat, Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti MBSA di talian 03-5522 2742.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.