Categories
SELANGOR

MBSA tubuh ‘Task Force’ gempur Aedes, orang ramai perlu kerjasama bantu

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil langkah progresif menubuhkan pasukan ‘Task Force’ Perangi Wabak Denggi bagi menangani masalah pembiakan nyamus Aedes.

Datuk Bandar, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata pasukan yang dibentuk akan melakukan pemeriksaan dan pemantauan secara menyeluruh termasuk kawasan ‘panas’ Aedes.

_MG_0549Untuk itu, beliau mengingatkan orang ramai untuk memberikan kerjasama bagi menjayakan usaha ini demi kesejahteraan dan keselamatan bersama.

“Masalah denggi ini bukan masalah MBSA sahaja tetapi ini adalah masalah yang perlu kita tangani bersama dengan budaya menjaga kebersihan.

“Kita tidak minta jaga jalan, longkang tetapi cukup kalau orang ramai dapat luangkan masa bagi menjaga kebersihan di persekitaran rumah atau asrama didiami,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran Task Force Denggi yang diadakan di Dewan Pangsapuri Perdana di Seksyen 13 di sini, hari ini.

_MG_0516 copyDalam majlis itu, beliau turut menyampaikan topi dan ‘vest’ kepada kesemua kumpulan ‘Task Force’ selain pemberian kain rentang kepada ketua-ketua jabatan.

Sejak awal tahun hingga 9 Ogos lepas, kawasan pentadbiran MBSA mencatatkan lima kes kematian akibat demam denggi daripada keseluruhan 5, 602 kes positif denggi yang direkodkan.

Angka itu menunjukkan peningkatan berkali ganda berbanding tempoh sama pada tahun lepas yang mencatatkan sebanyak 734 kes.

Selain penubuhan Task Force, MBSA sehingga kini melakukan 77,041 aktiviti kawalan premis dan 624,022 aktiviti semburan (fogging).

Antara kawasan yang dikenali sebagai hot spot ialah di Dataran Automobil, Seksyen 15, Pangsapuri Perdana, Seksyen 13 dan Subang Murni, Seksyen U5.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.