Categories
NASIONAL

MH17: 3 lagi jenazah rakyat Malaysia tiba pagi esok

THE HAGUE: Pihak Kedutaan mengesahkan tiga jenazah mangsa tragedi MH17 yang akan dihantar pulang jam 12 tengah hari waktu tempatan.

Mereka adalah ketua pramugara, Mohd Ghafar Abu Bakar, pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ng Shi Ing dan satu lagi mangsa yang tidak mahu didedahkan identiti oleh pihak keluarga.

MH17 aKumpulan kedua jenazah rakyat Malaysia itu akan dibawa pulang menggunakan pesawat komersial jam 12 tengah hari ini melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Schiphol di sini.

Penerbangan MH19 itu dijangka tiba di KLIA jam 6.10 pagi esok lapor BHOnline.

Pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 semalam, pesawat khas Boeing 747-F yang membawa 20 jenazah terdiri daripada 11 penumpang dan sembilan anak kapal selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tepat jam 10.54 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.