Categories
NASIONAL

MH17: Lebih ramai mangsa nahas dikenal pasti

NETHERLANDS, 16 OGOS: Lebih ramai mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dikenal pasti termasuk 16 daripadanya adalah warganegara Malaysia.

Sebuah portal Belanda, Dutch News melaporkan secara keseluruhan seramai 127 penumpang dikenal pasti setakat ini selepas pesawat itu terhempas di Ukraine, pada 17 Julai lalu.

Pesawat MH17 dilaporkan ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Rusia ketika pesawat berkenaan terbang menuju ke Kuala Lumpur dari Amsterdam.

mh066Tragedi nahas itu mengorbankan semua 298 penumpang termasuk anak kapalnya.

Operasi pencarian mayat di lokasi nahas dihentikan sekali lagi pada minggu lalu berikutan pergolakan semakin memuncak berlaku antara Kiev dan puak pemisah pro-Rusia.

Dalam perkembangan lain, kerajaan Malaysia mengumumkan mayat mangsa warga Malaysia bagi nahas MH17 dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 22 Ogos ini.

Sehubungan itu, kerajaan mengisytiharkan tarikh berkenaan sebagai Hari Berkabung Negara bagi seluruh Malaysia.

Jenazah akan dibawa pulang ke tanah air dengan pesawat khas Boeing 747 dari Amsterdam yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada jam 10 pagi.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Malaysia sudah menerima laporan hasil siasatan awal dua kotak hitam pesawat MH17, lapor Berita Harian.

liow tiong laiBeliau berkata, Malaysia menyerahkan kepada pasukan penyiasat antarabangsa untuk mendedahkan maklumat itu kepada umum serta melakukan siasatan lebih lanjut terhadap kotak hitam itu.

Beliau juga berkata, Malaysia tidak menetapkan tempoh masa tertentu untuk membawa semua mayat kru dan penumpang rakyat negara ini kembali ke tanah air.

Leave a Reply

Your email address will not be published.