Categories
NASIONAL

Nurul Izzah: Jangan terperangkap persempadanan semula pilihan raya

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 24 OGOS: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membangkitkan persoalan persempadanan semula pilihan raya yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan menyifatkan ia bakal merugikan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau mendakwa terdapat tujuh kerusi Parlimen bakal diwujudkan di Selangor terutama di kawasan majoriti Melayu.

kongresMenurutnya lagi, PR hanya memenangi satu daripada 24 kerusi Parlimen yang diwujudkan hasil persempadanan semula iaitu kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dimenangi mendiang Karpal Singh.

“Sekarang ada desas desus menyatakan akan diwujudkan di Selangor tujuh kerusi Parlimen yang baru. Kebanyakkannya majoriti Melayu. Ini akan merugikan kita.

“Saya minta kepada PKR dan juga parti komponen pakatan yang lain, kita jangan terperangkap.

“Kalau kita kekalkan sempadan yang ada, kerusi yang ada, perbaiki sempadan kemungkinan perbezaannya hanyalah lima peratus,” katanya ketika ucapan penggulungan Kongres PKR ke-10 hari ini.

Katanya, PR sedang menanti kemenangan hasil daripada tekanan ekonomi yang bakal dirasai rakyat ekoran perlaksanaan GST disebabkan kegagalan kerajaan BN menangani permasalahan ekonomi rakyat.

“Justeru pulang ke rumah, perwakilan dan pemerhati, pastikan cabang-cabang dijaga.

“Kita perlu 100 pengundi di Parlimen masing-masing, protes dengan SPR supaya persempadanan mereka itu tidak terlaksana,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.