Categories
NASIONAL

PM Australia: Tembak jatuh MH17 pembunuhan beramai-ramai

AMSTERDAM 12 OGOS: Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata tindakan menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia MH17 di timur Ukraine sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Dalam lawatan ke Belanda untuk berbincang mengenai bencana itu dengan rakan sejawatannya dari negara berkenaan Mark Rutte, Abbott meletakkan jambangan bunga di berek tentera di mana mangsa dikenal pasti.

MH17“Kita harus jelas mengenai apa yang berlaku.

“Dua-ratus-sembilan-puluh-lapan orang tidak bersalah dibunuh,” katanya dipetik berita AP.

Penerbangan MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai lalu, mengorbankan 298 orang, sebahagian besar rakyat Belanda, Malaysia dan Australia.

Pemberontak pro-Russia di Ukraine menafikan bertanggungjawab tetapi seorang anggota tertinggi pemberontak memberitahu Associated Press mereka terbabit.

Penyiasatan jenayah diketuai Belanda berhubung kemusnahan pesawat itu masih lagi berada pada fasa pengumpulan maklumat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.