Categories
NASIONAL

Presiden PKR: Kembali kukuhkan saf terus berbakti kepada rakyat

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 23 OGOS: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan ahli PKR supaya bersatu dan mengukuhkan parti untuk terus berbakti kepada rakyat.

Katanya agenda reformasi parti perlu diperkukuhkan dan langkah-langkah meningkatkan keberkesanan parti dan kemahiran anggota perlu ditingkatkan.

10632699_10152227017811510_5057599214180429895_n“Penekanan kepada aspek disiplin, latihan dan keupayaan teknikal, strategik, penerangan dan jaringan maklumat dari pimpinan ke peringkat akar umbi perlu dimulakan dari sekarang,” katanya dalam Ucapan Dasar Presiden Kongres PKR Ke-10 di sini hari ini.

Beliau berkata, semasa proses pemilihan terdapat beberapa aspek atau kelemahan yang harus dipertingkatkan bersama terutama sekali oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

“Pertama infrastruktur, kedua kelengkapan dan aset, ketiga aspek ketertiban dan keempat aspek tarbiyah yang agak kurang di kalangan anggota dan pemimpin.

“Saya meminta pihak JPP mengemukakan cadangan ini, dengan mengambil kira juga pandangan daripada akar umbi, khususnya pemimpin di peringkat Cabang dan negeri, diperhalusi dan dibahaskan secara telus dan mendalam, untuk dikemukakan dapatannya kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP)

“Akhir kata, rapatkan persaudaraan sesama kita dan teruskan iltizam kita untuk terus berjuang dan berbakti kepada rakyat. Demi Rakyat kita bersama, jangan sesekali kita khianati amanah mereka,” jelasnya yang turut disambut dengan laungan ‘Reformasi’.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.