Categories
SELANGOR

Tiada masalah sampah serius di Kuala Langat

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 16 OGOS: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) tidak menghadapi masalah sampah yang serius berikutan kerja pungutan berjalan lancar dan aduan juga kurang diterima daripada orang awam.

Jurucakap MDKL dalam kenyataan kepada Selangor Kini berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu hanya menerima kurang 20 aduan setiap bulan daripada penduduk yang menerima perkhidmatan daripada mereka.

Tasik Sampah 3“MDKL mempunyai tujuh syarikat kontraktor dilantik bagi melaksanakan kerja pengutan sampah domestik. Bagi sampah pukal, haram
dan kebun pula, pungutan dilakukan pekerja MDKL dengan kemudahan empat lori dan sebuah jengkaut (JCB).

“Program goton-royong juga dilakukan dengan fokus kepada pembersihan kawasan terutama membersihkan sampah longgok, sampah  haram, semak-samun danmasalah lain yang berkaitan dengan kebersihan kawasan,” katanya.

Bagi pencegahan dan penularan wabak demam denggi, MDKL juga sering mengadakan gotong-royong di antara penduduk, ahli majlis dan pihak berkaitan termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) di kawasan sasaran.

MDKLKatanya, kawasan pengumpulan sampah pukal, haram dan sampah kebun yang boleh menjadi tempat berpotensi pembiakan nyamuk aedes akan dibersihkan pekerja MDKL melalui Unit ‘Waste Gang’ yang ditubuhkan, pada 1 September 2012.

“Dalam permasalahan denggi ini juga penduduk diberi kesedaran berkenaan bahaya denggi dan kaedah pencegahan melalui pengedaran risalah semasa aktiviti gotong-royong serta turut mengadakan ceramah di sekolah,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.