Categories
SELANGOR

Kerja ganti paip dasar laut Pulau Ketam siap hujung tahun

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 21 OGOS: Projek penggantian paip air dasar laut ke Pulau Ketam dijangka siap hujung tahun ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Projek bernilai RM38 juta itu membabitkan pemasangan paip baharu sepanjang 5.6 kilometer dengan sebahagian paip itu merentasi Selat Klang.

DSC_6256“Diharap paip baru dapat mengatasi masalah gangguan bekalan air yang kerap terjadi di Pulau Ketam dan dianggarkan mempunyai kira-kira 1,200 akaun pengguna,” katanya memetik laporan Bernama

Pulau Ketam dan Sungai Lima sebelum ini kerap mengalami gangguan bekalan air akibat kebocoran paip dasar laut yang berpunca daripada aktiviti perkapalan, selain kerja mendalamkan dasar Selat Klang yang dijalankan pihak pelabuhan.

Bermula 21 Jun lalu, seluruh Pulau Ketam dan Sungai Lima terputus bekalan air tidak berjadual ekoran kejadian paip pecah di dasar laut dengan jajaran paip sepanjang 18 kilometer.

DSC_6313Bagaimanapun, kerja baik pulih dan penyambungan paip berjaya disempurnakan pada 11 Julai lallu, sebelum kembali rosak di kawasan lain.

Sekurang-kurangnya 1,184 akaun pengguna membabitkan 5,921 pengguna di dua kawasan itu terputus bekalan air bersih hampir sebulan apabila paip bersaiz 450 milimeter jenis High Density Polyethylene (HDPE) itu pecah.

Kesannya, kehidupan harian dan mata pencarian dalam sektor perikanan, makanan dan perhotelan yang diusahakan penduduk terjejas teruk.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.