Categories
NASIONAL

Tun M patut desak Najib letak jawatan bukan sekadar tegur

SHAH ALAM 20 OGOS : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, ekoran prestasinya teruk yang jauh lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Naib Presiden PAS, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan hanya sekadar mengkritik dengan menarik balik sokongannya ke atas Najib tidak memberikan sebarang kesan kepada Najib kerana Mahathir sendiri kini sudah berada di luar kerajaan.

www.kualalumpurpost.net_wp-content_uploads_2013_05_najib-mahathirKatanya disebabkan kritikan keras Mahathir itu, sekiranya Najib bermaruah, Najib pasti akan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

“Di bawah pemerintahan Umno-BN, rakyat semakin terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dan peningkatan hutang negara, ekoran kelemahan para pemimpin kerajaan dalam pengurusan ekonomi,” katanya dipetik Harakah Daily.

Tuan Ibrahim berkata, dalam masa yang sama, kerajaan Umno BN turut gagal menurunkan kes-kes jenayah, di samping gagal dalam melaksanakan undang-undang yang relevan dengan keperluan semasa, walaupun ISA dimansuhkan disebabkan penguatkuasaannya yang lemah.

“Isu jenayah bukan sahaja membabitkan undang-undang, tetapi penguatkuasaannya juga perlu diperbaiki. Dalam hal ini, kita mesti tengok secara keseluruhannya. Penguatkuasaan daripada pihak suruhanjaya-suruhanjaya berkenaan juga mestilah dipertingkatkan,” katanya.

Kesemua kelemahan itu, menurut Tuan Ibrahim, amat mengecewakan rakyat dan ia menjadi asas yang kuat kepada Mahathir untuk mengkritik dan menegur Najib ekoran prestasinya yang jauh lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Sepatutnya Tun Dr Mahathir sambung lagi jawatannya sebagai Perdana Menteri, tak patut berhenti sebab wawasannya belum tercapai. Kalau Tun Dr Mahathir berhenti dan lantik siapa-siapa pun untuk menggantikannya, wawasannya seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020 tak akan tercapai,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.