Categories
SELANGOR

22 Sept erti besar buat Azmin, bebas tahanan & MB baru

Oleh: AFIX REDZUAN

GOMBAK, 26 SEPT: Tarikh 22 September 2014 merupakan tarikh bersejarah dalam hidup Mohamed Azmin Ali apabila menerima sepucuk surat daripada DYMM Sultan Selangor yang memperkenan beliau untuk menjadi Menteri Besar Selangor ke-15.

Signifikannya berbeza dengan tarikh berkenaan merupakan detik beliau dibebaskan dari tahanan pada 16 September 1998.

MB AzminMenceritakan pengalaman 16 tahun lalu Adun Bukit Antarabangsa ini mengakui berasa sebak ketika mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru dihadapan DYMM Sultan Selangor pada 23 September lalu.

“Bagi saya tarikh 22 September itu amat bersejarah dalam hidup saya kerana 16 tahun tahun lalu, 22 September 1998 saya dibebaskan daripada penjara.

“Buat kali pertama dalam hidup saya masuk lokap pada 16 September dan dibebaskan pada 22 September.

“Dan tahun ini 22 September saya menerima sepucuk surat daripada DYMM Sultan yang telah memperkenankan pelantikan saya sebagai Menteri Besar Selangor yang baru,” katanya di Masjid As Shariff semalam.

MB AzminMengambil pengajaran daripada kisah Sahabat Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang diangkat menjadi Khalifah beliau berkata, tanggungjawab sebagai Menteri Besar merupakan satu amanah besar yang perlu dilaksanakan dengan jujur, ikhlas dan berintegriti.

“Ia bukan satu keistimewaan. Bukan kerana bergelar Datuk Menteri Besar, bukan kerana Tan Sri atau Datuk Seri tetapi akhirnya saya akan menjawab di hadapan Allah SWT apa yang telah dilalukan setelah diberi amanah di Negeri Selangor,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.
EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.