Categories
SELANGOR

Harap MB baru lebih beri perhatian PBT

Oleh: NORHAYATI UMOR

KLANG, 26 SEPT: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menunggu perjumpaan Ketua-Ketua Jabatan bersama Menteri Besar yang baru, Mohamed Azmin Ali bagi mendengar misi dan visi beliau dalam menambahbaik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu.

Yang Di Pertua MPK, Datuk Mohammad Yaacob berkata sebagai salah satu PBT di negeri itu, beliau mahu Menteri Besar yang baru itu menjalankan tanggungjawab dalam menaikkan taraf PBT dengan lebih baik.

logo PBTBagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut penambahbaikan yang perlu dilakukan.

“Sebagai kakitangan awam, kita mengikuti kerajaan yang dipilih. Saya harap Menteri Besar yang baru dapat menjalankan tanggungjawab kepada PBT dengan lebih baik.

“Buat masa ini, kita menunggu perjumpaan dengan Ketua-Ketua Jabatan, seterusnya kita akan melihat misi dan visi beliau, baru kita lihat bagaimana,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat bulanan MPK, di sini.

Mohammad Azmin sebelum ini mahu permasalahan sampah, demam denggi, keselamatan awam dan penyelenggaraan jalan menjadi fokus utama beliau selepas dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

Ini kerana empat perkara utama yang disebutkan beliau memerlukan perhatian khusus dalam memastikan kesejahteraan rakyat Selangor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.