Categories
SELANGOR

4 Exco PAS tak wajar digelar pengkhianat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 23 SEPT: Empat anggota Exco PAS yang terus berkhidmat dalam Kerajaan Negeri di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak wajar digelar pengkhianat.

Pemuda PAS, Suhaizan Kayat menegaskan empat orang Exco PAS ini sebaliknya melakukan pengorbanan besar dalam memastikan Kerajaan PR terus berfungsi tanpa pembubaran DUN di Selangor.

PC EXCO MB - 13.08.2014 (11)Katanya, beliau yakin kesemua mereka mempunyai semangat setiakawan namun terpaksa kekal dalam Kerajaan Negeri demi kepentingan PR.

“Semua pihak termasuk DAP perlu melihat dalam kerangka besar dan hasilnya hari ini kita menyaksikan proses pertukaran MB yang lancar tanpa risiko pembubaran DUN.

“Sudah-sudahlah mengungkit kisah silam. Semua pihak mempunyai kesilapan masing-masing. Terus mara ke hadapan dalam suasana muafakat yang utuh,” katanya dalam status Facebook hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan kekesalan dan menganggap empat Exco PAS sebagai pengkhianat apabila terus kekal di bawah bekas Menteri Besar, Abdul Khalid yang disingkir PKR.

Mengulas perkembangan lain, Suhaizan berharap pelantikan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang diperkenan menjadi Menteri Besar baru hari ini dapat menutup krisis jawatan itu.

“Semoga sentiasa dalam pertolongan Allah SWT menggalas amanah berat di negeri termaju dalam Malaysia ini.

“Pemuda PAS Malaysia berharap agenda kebajikan anak muda diberi perhatian serius di bawah pentadbiran beliau,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.