Categories
KENYATAAN MEDIA

AMK: 2 Exco bawah 35 tahun harapan dasar lebih mesra generasi muda

Oleh: Dr Afif Bahardin

Angkatan Muda KEADILAN mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan Mohamed Azmin Ali kerana meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada pimpinan muda di dalam KEADILAN dengan melantik dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang berusia di bawah 35 tahun.

Ini membuktikan bahawa KEADILAN dan Pakatan Rakyat senantiasa terbuka kepada pemimpin muda dan memberikan kami peluang untuk menyumbang kepada pembangunan negeri.

niknazmiKami juga merakamkan ucapan tahniah kepada YB Amirudin Shari (Batu Caves), dan YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia) yang telah diumumkan oleh YAB Tuan Mohamed Azmin Ali sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang dilantik. Moga gandingan mantap anak muda, profesional dan wanita ini bakal mengekalkan negeri Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia.

Amirudin1Kami juga bersedia untuk bekerjasama dengan barisan kepimpinan baru di Selangor terutamanya di dalam pembangunan anak muda di Selangor.

Harapan kami kepimpinan baru Selangor akan mampu untuk menggubal dasar yang mesra anak muda dan responsif kepada kehendak anak muda terutamanya melibatkan isu pemilikan kediaman, perkembangan kemahiran dan kerjaya, keusahawanan, pembangunan sukan, pendidikan, sosial dan kos sara hidup.

* DR. AFIF BAHARDIN adalah Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.