Categories
NASIONAL

Larangan atlet Qatar berhijab, Kerajaan Malaysia patut protes

SHAH ALAM 26 SEPT: Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia kecewa tindakan diambil Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) melarang atlet wanita memakai pakaian menutup aurat sehingga pasukan bola keranjang wanita Qatar menarik diri bertanding di Kejohanan Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, berkata Kerajaan Malaysia patut menggunakan saluran diplomatik yang ada untuk menyuarakan bantahan kepada tindakan berbaur diskriminasi ini kepada pihak penganjur.

20140924_afp_qatarbasketballKatanya, Wanita IKRAM berbangga dan menyokong pendirian tegas pasukan bola keranjang wanita Qatar dalam mempertahankan hak mereka melaksanakan ajaran agama.

“Kengganan mereka menanggalkan hijab menghantar mesej jelas kepada penganjur sukan khususnya dan dunia larangan sedemikian adalah tidak adil.

“Kehadiran mereka pada sukan kali ini menunjukkan pasukan mereka bersedia bermain namun pihak penganjur tidak bersedia meraikan kepelbagaiaan yang ada,” katanya dalam kenyataan media.

Katanya, tindakan penganjur bertentangan dengan matlamat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang mahukan faktor kepelbagaian budaya di antara negara diraikan.

Ia juga jelas bertentangan dengan slogan Sukan Asia di Incheon iaitu ‘Diversity Shines Here” (kepelbagaian bersinar di sini).

“Menghalang atlet sukan berhijab merupakan pelanggaran perjuangan hak asasi manusia agar semua agama diberi layanan dan kebebasan mengamal ajaran agama masing-masing,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.