Categories
SELANGOR

Azmin teruskan dasar pro-rakyat legasi Abdul Khalid

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KLANG, 23 SEPT: Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menganggap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya meninggalkan satu asas yang baik dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Justeru itu, kata Mohamed Azmin, menjadi tanggungjawab beliau sebagai Menteri Besar baru meneruskan dasar dan program diasaskan Abdul Khalid demi kepentingan rakyat.

mbbaru3“Saya terlibat secara langsung ketika pentadbiran Tan Sri Khalid dan beliau meletakkan asas yang baik dalam mentadbir sebuah kerajaan negeri.

“Sudah tentulah tanggungjawab saya meneruskan dasar demi rakyat memberikan penekanan kepada soal pentadbiran adil dan memastikan kerajaan negeri ini bersih dan bertanggungjawab menjaga rakyat negeri Selangor,” kata Mohamed Azmin.

Mohamed Azmin berkata demikian dalam sidang medianya sejurus mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di Balai Tengah Istana Alam Shah, di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun akan mengkaji semua perjanjian dan keputusan yang dibuat pentadbiran terdahulu termasuk perjanjian air dan kedudukan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Azmin berkata, beliau juga akan memastikan kesinambungan pembangunan di negeri terkaya itu terus berjalan disamping usaha mengekang peningkatan kadar jenayah di negeri itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.