Categories
SELANGOR

Dewan Ulamak Selangor kecam ADUN PAS tandatangan akuan bersumpah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 SEPT: Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor Kali Ke-26 Tahun 2014 yang bersidang semalam sebulat suara mengecam dua (ADUN) PAS yang menandatangani akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor tanpa pengetahuan dan persetujuan parti.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan lewat petang semalam, Muktamar yang diadakan di Dewan Al-Munirah, Johan Setia, Klang itu juga menyerahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat untuk mengambil tindakan ke atas ADUN berkenaan berdasarkan Fasal 82, Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011.

PAS-for-All“Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Selangor di Dewan Al-Munirah, Johan Setia, Klang, Selangor, bersetuju sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mengecam tindakan dua ADUN yang bertindak menandatangani Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) menyokong Datuk Seri Wan Azizah,” kata kenyataan media itu.

Sementara itu, ketika mengulas perkembangan terbaru itu, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, kenyataan tu sudah disahkan oleh Dewan Ulamak Selangor sebagai benar dan tepat.

“PAS Selangor menjangka banyak lagi aduan dan usul akan di buat dan dihantar ke Jawatankuasa Disiplin mengenai tindakan yang tak berdisplin dua ADUN kita di Selangor.

“Kita tahu ada lagi usaha untuk memancing ADUN kita di selangor.

“Kita ada maklumat lengkap siapa yang terlibat dan kita akan dedahkan nama pelobi ini jika permainan ini tidak dihentikan segera,” jawab beliau dalam satu mesej kepada wartawan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.