Categories
NASIONAL

Suhaizan: Unit Amal PAS dikenakan tindakan, jumpa di mahkamah

SHAH ALAM 1 SEPT : Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat menyelar tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu bertindak terhadap Unit Amal PAS.

Menurut Suhaizan, Unit Amal PAS hanya sebuah badan kebajikan dan bukan badan keselamatan seperti badan-badan yang lain.

Amal PAS“Tak boleh nak ambik tindakan, sebab Unit Amal bukan bukan badan keselamatan.

“Ia hanya sebuah badan kebajikan yang menjaga kebajikan ahli-ahli PAS dan kebajikan rakyat Malaysia yang ditimpa musibah melalui misi kemanusian yang mereka jalankan,” kata beliau dipetik Harakahdaily.

Zahid hari ini berkata beliau yakin Unit Amal PAS turut akan dikenakan tindakan yang sama sepertiĀ  156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang yang ditahan semalam.

Zahid juga mendakwa beliau turut menerima laporanĀ  bahawa terdapat anggota PPS yang melakukan tindakan yang melanggar Perlembagaan.

Ia termasuk memukul orang, dan melakukan tindakan-tindakan di luar perlembagaan dan seolah-olah mereka mengguna kuasa polis untuk mengugut orang.

Mengulas lanjut, Zuhaizan berkata Pemuda PAS bersedia ke mahkamah jika kerajaan mahu mengambil tindakan sama ke atas ‘tentera merah’ yang dinaungi mereka itu.

“Kita sedia lawan di mahkamah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.