Categories
SELANGOR

Isu Exco: Anwar minta semua hormati keputusan MB

Oleh NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 SEPT: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak menghormati keputusan Datuk Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berhubung jemaah Exco baharu.

Beliau menjelaskan isu itu telah ditentukan melalui perbincangan dalaman parti.

“Ini adalah keputusan Menteri Besar selepas daripada perbincangan parti, ini adalah keputusannya, kena bagi ruang kepada Menteri Besar untuk menentukan dan buat keputusan yang efisyen,” katanya ringkas menjawab isu pengurangan barisan exco PAS daripada 4 kepada tiga.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Syarahan Ekstrimis di Universiti Selangor, di sini.

Dalam pada itu, Anwar turut enggan mengulas titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin yang menyalahkan PKR kerana menyebabkan kemelut Menteri Besar.

“Saya tidak mahu diheret bicara dengan kontroversi dengan titah Tuanku Sultan.

“Itu pendapat beliau. Saya tidak mahu berdebat,” katanya.

Minggu lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan kesal dengan kebuntuan yang tercetus akibat ‘Langkah Kajang’ yang diilhamkan PKR untuk menyingkir mantan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.