Categories
SELANGOR

Jenazah juruterbang MH17 selamat disemadi di Shah Alam

SHAH ALAM 2 SEPT : Jenazah juruterbang Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, di sini jam 11.30 pagi tadi.

Upacara pengebumian penuh penghormatan itu dihadiri kira-kira 300 orang terdiri daripada saudara dan waris terdekat Allahyarham serta rakan setugas.

Bwf5xQ2CEAA8wK8Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi; dan serta Exco Selangor, Dr Yunus Hairi, Dr Halimah Ali turut sama memberikan penghormatan terakhir.

Terdahulu, jenazah yang dibawa menggunakan kenderaan jenazah khas dari Kompleks Bunga Raya, KLIA itu disolatkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

MBAllahyarham meninggalkan balu, Mariam Yusof, serta dua anak, masing-masing berusia sembilan dan 11 tahun.

Pesawat Boeing 777-200, penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal, ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published.