Categories
SELANGOR

MPSJ anjur program kayuhan ‘Fun Ride’ 20km 27 Sept

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 4 SEPT : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan menganjurkan Program Kayuhan ‘Fun Ride’ Hari Komuniti Bandar Hijau MPSJ.

Menurut MPSJ, program akan bermula seawal jam 7 pagi hingga 10 pagi bertempat di Kompleks Membeli Belah One City, USJ 25, Subang Jaya pada 27 September ini.

subang jayaProgram berbentuk santai ini mensyaratkan kayuhan basikal hanyalah sejauh 15- 20 kilometer beserta sijil penyertaan akan diberi kepada 300 peserta pertama yang berdaftar.

Selain itu, MPSJ turut menyediakan hadiah-hadiah misteri yang menarik kepada pemenang.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi En.Shahrin dan Pn.Kartina di talian 03-8026 3262 / 7464.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.