Categories
NASIONAL

Najib patut tunai janji mansuh Akta Hasutan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 2 SEPT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh mengambil pendekatan berdiam diri berhubung penyalahgunaan Akta Hasutan untuk mendakwa pihak tertentu terutama di kalangan ahli politik Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok, berkata Najib sepatutnya menunaikan janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional seperti yang pernah diuar-uarkan pada tahun 2012.

NEWSBeliau berkata ketiadaan undang-undang baru tidak seharusnya dijadikan alasan oleh pihak kerajaan untuk terus menguatkuasakan Akta Hasutan serta menyalahgunakannya.

“Mengapa Perdana Menteri benar-benar melupakan janji beliau untuk menjadikan Malaysia antara negara demokrasi terbaik di dunia?

“Adakah Malaysia akan menghadapi satu lagi zaman kegelapan politik yang lebih teruk berbanding tempoh pemerintahan bawah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad?

“Saya mesti mengingatkan Perdana Menteri bahawa beliau perlu bertanggungjawab sepenuhnya dan dipersalahkan kerana terus membenarkan penggunaan akta yang zalim,” katanya dalam satu kenyataan.

mansuh aktaTeresa berkata Najib Najib mesti membuktikan keikhlasan dan komitmennya terhadap janji yang pernah dibuat dengan serta-merta memansuhkan akta yang disifatkan sebagai kuno.

Beliau turut menuntut supaya tuduhan menghasut yang dikenakan ke atas pemimpin politik dan yang terbaru ahli akademik dari Universiti Malaya ditarik balik serta-merta.

“Adalah jelas bahawa kini kerajaan menjadi begitu toleran sehingga ia membabitkan ahli akademik.

“Rakyat Malaysia sendiri terkejut dengan situasi yang berlaku sekarang dan tertanya-tanya apa yang telah berlaku kepada negara ini dan di manakah hala tujunya?” katanya lagi.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya, Prof Dr Azmi Sharom dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Akta Hasutan berhubung satu artikel yang disiarkan dalam portal berita pada 14 Ogos lalu berkaitan krisis menteri besar Selangor.

Azmi didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Terdahulu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Delima, RSN Rayer didakwa di mahkamah di bawah akta yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published.