Categories
SELANGOR

Pelan usahawan francais PKNS sedang dirancang

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 SEPT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus komited membantu melahirkan usahawan bumiputera berjaya.

Pengurus Besar, Azlan Md Alifiah berkata pihaknya dalam perancangan menjadikan usahawan muda sebagai pemegang francaisi kepada PKNS mahupun anak syarikatnya.

Untuk itu, PKNS sedang mengkaji bagaimana usaha itu dapat dilaksanakan dan memberi manfaat dalam jangka masa panjang.

“Kita hendak lihat bagaimana hendak membangunkan usahawan muda dari segi francais untuk PKNS, contohnya kita ada de Palma dan lain-lain lagi.

“Kita akan bangunkan banyak kompleks baru, di sini akan sediakan prasarana untuk usahawan.

“Kita galakkan usahawan bumiputera untuk jadi ‘retail player’,” katanya lagi.

Terdahulu, beliau hadir merasmikan program julung kali diadakan, Karnival Usahawan PKNS 2014 di Kompleks PKNS di sini pagi tadi.

Beliau turut berkesempatan melawat kesemua 60 buah gerai yang menyertai karnival yang akan berlangsung bermula 27 hingga 30 September ini.

Usahawan yang terlibat merupakan para peserta program keusahawan PKNS seperti Klinik Usahawan, Retail 200, Program Usahawan Muda, Kelab Permata, Program Grow dan PKNSĀ BizClub.

Antara produk yang boleh didapati termasuk produk pakaian, makanan, seni kreatif kraf, barangan IT dan lain-lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published.