Categories
SELANGOR

Projek Jalan Sehala MBPJ RM23.8 juta atasi jalan sesak

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

PETALING JAYA, 10 SEPT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengambil inisiatif mengenal pasti masalah dan mengambil langkah mengatasi kesesakan lalulintas yang berlaku di sekitar Petaling Jaya bagi memberikan keselesaan kepada penduduk dan pengguna jalan raya.

Salah satu inisiatif diusahakan MBPJ adalah Projek Jalan Sehala melibatkan Jalan Utara, Jalan Timur, Jalan Barat, Jalan Sultan dan Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya.

jalan sehalaUnit Perhubungan Awam MBPJ berkata, Projek Jalan Sehala yang sedang diusahakan ini melibatkan 2 Fasa iaitu Fasa 1 telah pun bermula pada Julai 2014 hingga September 2014.

“Dalam Fasa 1 ia melibatkan permbukaan pembahagian jalan sebanyak 8 lokasi, penebangan sebanyak 38 pokok, pengalihan pokok-pokok serta mengecat jalan.

“Manakala bagi kerja-kerja Fasa 2 pula, melibatkan kerja-kerja penurapan jalan, menyediakan laluan jalan kaki dan basikal, pemasangan lampu jalan serta cctv dan pemasangan papan tunjuk isyarat,” katanya dalam satu kenyataan media.

MBPJ juga akan mengambil kira penyediaan laluan pejalan kaki secara berasingan, laluan basikal, perkhidmatan bas awam dan juga laluan kenderaaan persendirian.

Selain itu, perlaksanaan jalan sehala ini akan melibatkan penanaman pokok baru sebanyak 4,970 batang pokok dari spesis pokok Bungor langkawai, pokok kelat paya dan pokok menjalar.

“Kos projek melibatkan sejumlah RM23.8 juta dan akan dibiayai menggunakan peruntukan Akaun Tabung Amanah.

“Menjadi hasrat MBPJ projek ini dapat dilaksanakan jayanya memastikan penduduk di Petaling Jaya dapat menikmati kehidupan selesa,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.