Categories
NASIONAL

Rampasan 300 Suara Keadilan, hentikan perbodoh rakyat

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 SEPT: Suara Keadilan mengecam keras tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang merampas lebih 300 naskah akhbar berkenaan di Kedah, 10 September lalu.

Tindakan ini membuktikan transformasi dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah transformasi ketakutan terhadap akhbar rasmi PKR itu.

SK rampasKetua Editorialnya, Najib Hashim berkata , Putrajaya perlu menghentikan budaya menakutkan dan memperbodohkan rakyat memandangkan sebagai sebuah parti, PKR memerlukan akhbar untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat.

“Benda ini (rampasan) tidak sepatutunya berlaku, dimana transformasi (Datuk Seri) Najib menunjukkan ketakutan kepada Suara Keadilan.

“Kalau nak berhujah bab permit, (Najib) kena bagi permit.

“Tindak merampas bukan jalan penyelesaian. PKR kena ada akhbar sebagai media rasmi untuk menyampaikan maklumat kepda rakyat,” katanya kepada Selangor Kini.

Difahamkan antara lokasi rampasan KDN adalah sekitar Alor Setar, Kuala Kedah, Jitra, Pendang dan Kepala Batas. Malah rampasan turut dilakukan terhadap naskah Suara Keadilan Bil 188 di sekitar Kepala Batas dan Jitra.

“(Najib) kena terbuka dalam perkara ini. Tidak perlu lagi budaya rampas, banyak benda haram lain yang boleh dirampas,” kata beliau lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.